Just something to share..learn how to say enough
Assalamualaikum warahmatullah...Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dansesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyaikeperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin& orang2 yang beramal soleh...
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkandi channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang sayaingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorangbusinessman yang sibuk.Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisappipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebutterlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintakmaaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadiada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satukeadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggangbasikalnya.Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar darikereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer danmelanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang keretaMicheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know whatto wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hinggaselesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikaltu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampirkita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu(basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenyaterselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.
Perasan tak?Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnyaberlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yangmacam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kitaapa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita seringberdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kitapastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atauberpenyakit.
Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusiayang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabitdalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalitdalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itudapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yangterbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengahorang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jikabegitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakalasesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yangkita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan diadari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannyatetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! BahkanAllah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.
Begitu juga dengan keadaansaya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar.Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susahhati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa mintasaya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalahsemoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur.Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang,Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya.
Maha Suci Allah...Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yangterbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapatmelihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kitauntuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the otherside'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebihbaik dari apa yang kita miliki.Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah.Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidakbersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejarpeluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.
Saya sendirimengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.Siapa yang taknak gaji besar, kan?Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu kehilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metalstamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlahRM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuahmotor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak denganmakan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dahcukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagaitrainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tusaya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi biladapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kaliganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikutmereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang,bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solathanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allahberi. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang pentingbagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi sawkepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esokkerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalamhati saya.Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah duniaseperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makindikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia(bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepadaYang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izindariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuranrumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan,tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempatkerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak carikerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan danumur pun dah makin lanjut.Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periukbesarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkindia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telingakiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 diadapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung takrehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahadje dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjidpun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak bolehdapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupandan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telahmenunaikan...Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui.
Saya pasti,saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat sayanak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru?Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukurdan berapa kali pernah kita katakan cukup?Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kitabersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambatnafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allahberikan yang terbaik buat kita.
Nabi saw pernah memberitahu, orang yangtidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yanglain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanyaAllah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kamilalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yangtahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....
Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang burukadalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Perkara yang baik datang dari aLLh jua yag buruk datang dari manusia. Insaflah. my blog: Cabai Burung
Catat Ulasan