
Against all odd. Begitulah perjalanan sebelum tiba di destinasi, bermula dengan pesawat dari KUL lewat dari jadual, tertinggal pesawat sambungan dari LHR ke MUC dan seterusnya tiba di POZ selepas hampir 48 jam tanpa bagasi yang mengandungi pakaian kerja dan bahan mentah untuk mengisi perut ini. Sehingga blog ini ditulis, tiada perkembangan terbaru mengenai bagasi hamba yang sehingga kini memakai seluar jeans dan baju pinjam untuk menghadiri persidangan.
Dalam hal ini, pihak-pihak berikut patut dipersalahkan [saya percaya kepada qada/qada']:
1. Penerbangan Malaysia di Kuala Lumpur pasal pakai kapal terbang yang sepatutnya dah jadi tukun, kebelakangan ini asyik mengalami masalah teknikal, tapi surcharge minyak masih diguna pakai!!
2. Kakitangan penempahan yang menjadualkan semula tiket saya tidak mengambil kira keadaan di Lapangan Terbang Heathrow, jarak masa penerbangan sambungan hanya 2 jam [tak cukup masa di LHR, sekurang2nya 3 jam atau lebih]. Oleh yang demikian, saya kena yield [tak boleh berlepas, pagar dah tutup w/pun ada 15 minit lagi].
3. Penerbangan Malaysia di London, lantik agen Alitalia untuk kendalikan pertukaran penerbangan bagi penumpangan MH. Alitalia, syarikat penerbangan Itali yang hidup segan mati tak mahu, kakitangannya amatlah tak cekap, "Sir, we will take care of your bag, it will arrived in POZ - *penipu*. Oleh yang demikian, beg saya tersangkut, tiket elektronik saya yang asal tidak dipulangkan yang mana mengandungi resit bagasi saya!!
4. MH jangan anggap lagi penerbangan 5 bintang, taraf anda sama macam hotel berbintang-bintang macam kat Jalan Chow Kit......
Moral of the story, Malaysian Hospitality (MH) hanya terpakai di dalam kabin sahaja....jangan percaya sangat dengan iklan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan