Assalamualaikum warahmatullah,
Nampaknya aku punya jasad hanya kat Amerika tapi hati aku tetap Malaysia, tak sabar nak nak tunggu 11 Mei 2008. W/bagaimanapun aku tetap kena teruskan demi tugas yang dipertanggungjawabkan. Masa 8 hari pertama aku kat Washigton D.C. banyak teori-teori waima pergi dengar kuliah pagi & petang sampai nak tersengut-sengut. Banyak benda-benda yang menarik terutama sekali bila orang kata seeing is believing. Peramah jugak orang Amerika ni, masuk kedai aje kita ditegur, sesat jalan dia orang tunjukkan. Cuma dari segi keselamatan dia orang terlalu tak boleh bertolak ansur. Masuk aje pejabat kerajaan, tak boleh ambil gambar, mesti ada escort (sampai masa lawatan tu dia orang escort kita orang waima nak pergi tandas pun!).
Berbalik kepada tajuk di atas, aku pun heran kenapa kerajaan Amerika beria-ia nak anjurkan kursus ni. Sepanjang aku berada kat sini, memang tak dinafikan, banyak benda kita boleh belajar terutama dari segi pengurusan alam sekitar dan pembangunan mapan. Ialah, kalau tengok pengurusan lansdskap memang dia orang punya mentaliti penyelengaraan 1st class. Kat sini bila sebut pembangunan mapan, setakat ini, dia orang dah tunjuk Washington District of Columbia, Maryland dan Colorado. 3 negeri ini adalah antara negeri yang kat depan dalam pengurusan mapan/alam sekitar. Kat US ni ada 50 negeri, kalau ikutkan 3 minggu tak cukup nak cover semua negeri. Seperti biasa, dia orang akan tunjuk benda-benda baik aje...... tu sebab ini Uncle Sam ni tak bawak gi tengok California, New York atau Michigan.
Berbalik kepada pengurusan alam sekitar, memang dia orang tengah struggle nak pulih balik semua benda tak semudah itu. Politik kat sini cakap tak serupa bikin. Sekarang tengah hangat nak buat pemilihan calon Presiden, semua benda pasal alam sekitar turut di sentuh. Tapi masa kempen, macam-macam janji tu janji ni (tak ubah macam kempen BN kat Malaysia), cuma kat sini semua calon dapat peluang bercakap kat TV arus perdana (ada kat Malaysia??).
Setakat ini untuk malam ini, hari ini Sabtu esok Ahad ada lawatan ke Rocky Mountain National Park. Dengar cerita ada salji kat sana, aku tak pasti nak keluar bas atau tidak pasal aku tak bawak baju yang sesuai untuk main ski. Untuk Kak Rozi, kalau nak material pasal pembangunan mapan, datang kat ofis amik ye. Ada satu tempat aku pergi, memang mapan habis.... tadah air hujan untuk membasuh, jamban kalau dah berak cover dengan abuk papan, pakai cahaya matahari aje (lampu elektrik kurang) dll. Nanti aku postkan cerita pasal tempat ni. Wasalam.
Ahad, 27 April 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan