Beppu terkenal dengan kolam air panas semulajadinya. Jadi rakyat Jepun dengan gembiranya bermandi-manda tanpa seurat benang di dalamnya. Oleh yang demikian, gambar-gambar di dalam kolam ini adalah dilarang sama sekali untuk diterbitkan di dalamnya.
Walau bagaimanapun, saya dibenarkan untuk menerbitkan gambar telur-telur dan ubi keledek di wapkan di atas kolam air panas ini. Rasanya, rasa telurlah!
Malangnya apa yang ditulis oleh Jepun ini saya tak tahu. Menurut firasat saya, tulisan ini berbunyi - keledek pindang dan telur pindang jepun untuk dijual, sila hubungi Encik Yamada sekiranya anda berminat untuk membeli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan