SHOUT


Free shoutbox @ ShoutMix

Sabtu, 23 Februari 2008

TRAVELOGUE MONASGUE BHG. III

Tujuan utama ke Monaco adalah seperti yang telah diarahkan untuk menghadiri mesyuarat ini. Boleh baca sendiri kan.

Isu utama - perubahan iklim, perubahan iklim, perubahan iklim. Mesyuarat selama 3 hari asyik bincang pasal perubahan iklim, perubahan iklim, perubahan iklim. Nanti aku postkan sintesis report mesyuarat ini. Jam di sini 15 minit lagi pukul 0000 hrs, kejap lagi saya nak tidur. Esok nak bertolak ke LHR jam 0600 hre, transit satu malam.

Travelogue Monasgue Bhg. II




Monaco merupakan satu negeri yang kecil, hanya 1.8 km persegi terletak di Selatan Peranchis mengadap Laut Mediteranean. Suhu Max:12 degree Min: 5 degree. Diperintah oleh Putera Albert II dari Dinasti Grimaldi, merupakan antara raja terkaya di dunia. Sumber pendapatan - casino, hartanah, F1 dll. Putera Albert II masih bujang tetapi ada sorang anak gampang hasil tak kawinnya dengan Pramugari Air France yang berasal dari Togo.

TRAVELOGUE MONASGUE BHG. I



Dari KUL @ 2345 hrs tiba AMS @0555 hrs. Walau bagaimanapun, penerbangan lewat akibat minyak tumpah dari sayap pesawat. W/pun dapat upgrade Business Class untuk sektor AMS - NCE, tak ada beza, mintak MOML dapat BABI! Kurang ajar KLM Royal Dutch Airlines......

Jumaat, 15 Februari 2008

CUBAAN MENCULIK


Nampaknya keadaan persekitaran kita kurang selamat untuk anak-anak. Berdasarkan surat yang telah diedarkan oleh Guru Besar SK Tuanku Jaafar 2, jelas menunjukkan bahawa kejadian ini semakin berleluasa. Siapa yang susah? Sudah tentu mereka dan keluarga mereka. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Kejadian ini memungkinkan Wak Karto akan berpindah ke Rembau atau Tampin sedikit masa lagi memandangkan kawasan Taman Tuanku Jaafar tidak selamat untuk didiami.
Mungkin kat Santubong lebih selamat kot?

Khamis, 14 Februari 2008

PILIHANRAYA DAH DEKAT



Nantikan berita terkini lagi sensasi? Ada di kalangan kita yang akan disenaraikan sebagai calon?? Tungguuuuuuu........

Rabu, 13 Februari 2008

COPY PASTE DARI SUATU TEMPAT

Just something to share..learn how to say enough

Assalamualaikum warahmatullah...Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dansesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyaikeperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin& orang2 yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkandi channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang sayaingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorangbusinessman yang sibuk.Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisappipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebutterlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintakmaaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadiada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satukeadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggangbasikalnya.Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar darikereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer danmelanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang keretaMicheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know whatto wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hinggaselesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikaltu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampirkita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu(basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenyaterselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Perasan tak?Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnyaberlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yangmacam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kitaapa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita seringberdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kitapastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atauberpenyakit.

Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusiayang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabitdalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalitdalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itudapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yangterbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengahorang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jikabegitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakalasesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).

Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yangkita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan diadari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannyatetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! BahkanAllah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

Begitu juga dengan keadaansaya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar.Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susahhati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa mintasaya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalahsemoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur.Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang,Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya.

Maha Suci Allah...Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yangterbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapatmelihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kitauntuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the otherside'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebihbaik dari apa yang kita miliki.Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah.Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidakbersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejarpeluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.

Saya sendirimengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.Siapa yang taknak gaji besar, kan?Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu kehilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metalstamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlahRM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuahmotor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak denganmakan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dahcukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagaitrainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tusaya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi biladapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kaliganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikutmereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang,bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solathanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allahberi. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang pentingbagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi sawkepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esokkerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalamhati saya.Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah duniaseperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makindikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia(bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepadaYang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izindariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuranrumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan,tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempatkerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak carikerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan danumur pun dah makin lanjut.Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periukbesarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkindia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telingakiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 diadapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung takrehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahadje dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjidpun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak bolehdapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupandan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telahmenunaikan...Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui.

Saya pasti,saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat sayanak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru?Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukurdan berapa kali pernah kita katakan cukup?Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kitabersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambatnafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allahberikan yang terbaik buat kita.

Nabi saw pernah memberitahu, orang yangtidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yanglain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanyaAllah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kamilalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yangtahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang burukadalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

Selasa, 12 Februari 2008

SURAT UNTUK BONDA

Mak..... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dan sedia.....

Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran diam ..... kengkadang siaran indonesia ...mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... pastu mak jemur karpet-karpet. .. pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak..... Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 s akit perut..... bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pi hospital.... . dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk... Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... . tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil... tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... . Mak..... amponkan kami semua... kami nak mak sehat... kami sayang mak... kami tak mau mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... ampon kan kami yer mak.... Mak..... Malam itu abang bawa mak k e hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...

Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt.. kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.. ... Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar keling naik motor..... Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..... Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..... Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu mak kan ...ampon kan kiter....

Mak..... Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006 Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ... terasa syahdu dan s ayu gitu...dinginnnn. ...

Mak..... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.... Mak..... Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..! Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak... mak tunggu ya...!

Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... . Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..... Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya.... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk...anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ... entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi... semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu...kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan ..???? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana .." Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak nampak adegan tu... sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh... mengharap sedekah da ri anak2 nya...

Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat.... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan..... Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ... kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....

Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih... pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih.


Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil




p/s Bagi yang ada emak , tunjukkan lah kasih sayang anda sementara ada sedikit masa lagiii.....

Sabtu, 9 Februari 2008

Motivasi

Ajar anak-anak konsep tauhid dan ketuhanan seawal mungkin.
Anak-anak bukan sahaja perlu diajar tentang cara mengerjakan solat, membaca al-quran, fardhu ‘ain dan sebagainya sahaja. Sebaliknya mereka perlu difahamkan tentang konsep tauhid seawal mungkin. Mereka perlu tahu dan yakin bahawa semua yang ada ini dicipta oleh Tuhan Yang Satu dan hanya kepadaNya sahajalah kita patu beribadah. Anak-anak yang memahami konsep takwa takut untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang meski pun tiada sesiapa mungkin yang akan mengetahui perbuatannya. Semuanya ini kerana keyakinan dan kepercayaan yang telah ditanam dalam diri mereka bahawa semua yang dilakukan akan dibalas dan hidup sentiasa diperhatikan oleh Tuhan. Semua ini akan menjadi benteng diri yang mampu membantu anak-anak berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup.

Lahirkan generasi yang membudayakan ilmu.
Anak-anak yang pintar dan bijak hanya lahir daripada generasi yang membudayakan ilmu. Ibu bapa perlu jadikan budaya membaca sebagai salah satu amalan harian mereka. Galakkan anak-anak membaca pelbagai bentuk bahan bacaan. Dedahkan mereka dengan cabang pengetahuan yang pelbagai seperti buku-buku yang membina minat dalam bidang sains dan teknologi, buku-buku cerita yang membina akhlak dan peribadi, kisah-kisah perjuangan, buku-buku mempunyai unsur motivasi, dan banyak lagi. Kurangkan bahan-bahan picisan yang berbentuk hiburan, tahyul, lucah dan sebagainya. Dedahkan juga anak-anak dengan pelbagai isu semasa dan bincangkan dengan mereka tentang isu-isu tersebut dan kenapa ia berlaku dan bagaimana ia boleh dielakkan atau diatasi. Bawa anak-anak ke perpustakaan, kedai buku dan pesta buku. Sediakan ruang membaca dan perpustakaan mini di rumah.

Serlahkah kehebatan dan keunikan dalam diri anak.
Setiap anak itu unik dan mempunyai kehebatannya sendiri. Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan diri anak-anak dan dedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti sosial dan ko-kurikulum. Lebih banyak pendedahan yang dilakukan maka lebih bagus sebab disitu nanti anak-anak menyedari kebolehan dan bakat mereka dalam sesuatu bidang. Semua orang perlukan pengiktirafan dalam hidup ini dan anak kita juga tidak terkecuali. Apabila anak-anak menerima pengiktirafan terhadap penglibatan mereka dalam sesuatu aktiviti maka mereka lihat diri mereka berharga dan ini meningkatkan tahap IESQ mereka. Nicol Ann David dan Shalin Zulkifli adalah antara mereka yang telah dikesan bakat sukannya oleh kedua ibu bapa mereka sejak dari usia kecil. Kesannya, lihatlah pencapaian mereka hari ini.

Suburkan kebaikan anak-anak.
Ibu bapa begitu cepat menegur kesilapan anak tetapi lupa menyuburkan kebaikan yang anak-anak mereka lakukan. Apabila anak-anak melakukan sesuatu yang baik, ibu bapa menganggap itulah yang sepatutnya anak-anak mereka lakukan dan tiada apa yang perlu diberikan sebagai balasan. Sebaliknya apabila anak-anak melakukan perkara yang buruk, ibu bapa segera menegur, memarahi, menyindir dan menasihati. Anak-anak perlu diberitahu apa yang salah telah mereka lakukan dan apa pula yang betul. Kalau setiap yang salah kita berikan teguran maka setiap perkara yang betul kita perlu berikan pujian. Puji-pujian menunjukkan yang kita peka dan prihatin terhadap perlakuan dan perkembangan anak-anak dan ini akan menyuburkan kebaikan.

Petikan dr Artikel Dr.Asmadi, MAP Training



Rabu, 6 Februari 2008

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai denganmengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutukorang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan(Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanitayang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambutwanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan danwanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alatpengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari).
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz : " inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..
wallahu'alam...