Khamis, 29 November 2007
HARI KHAMIS DI BKK
Sambil-sambil dengar ceramah yang ngok-ngek, sempat juga chatting....setakat ni Wak Karto, Minah Jawa Sarawak, Lan Nun, Azma aje yang aktif, sekali sekala Wak Subhi sambil jaga anak chatting, Noordin Sungkupan aktif malam-malam pasal siang kemas rumah. Cioa...Coffee Break....
Selasa, 27 November 2007
SAWADEEKAP
Salam dari Bangkok,
Hari ini tiba di BKK jam 1330hrs tanpa sebarang kelewatan, Bravo MAS......cuma kali ini untuk sektor serantau (Sabah, Sarawak dan ASEAN) tak dapat makan nasi pasal mulai Oktober ni, MAS perkenalkan lunch box (ada sandwich, air mineral dan cadbury choc bite). Patutlah buat untung!!! Anyway lepas sampai, check-in kat AMARI Watergate dengan 10 orang delegasi Malaysia yang lain. Sebelum tu, aku datang pasal dijemput menghadiri Regional Scientific Conference on the UNEP/GEF/South China Sea Project, yang bermula pada 2002 dan akan berakhir tahun Disember 2007. Delegasi Malaysia tu antaranya Prof. Law Ah Team UMT (aku rasa Fauzi/Azmar mesti kenal dia), Prof. Khalid Ibrahim, Fakulti Ekonomi UPM, Kamaruddin Ibrahim, TUMEC; Khalil satu Jabatan dgn. Fauzi Salehon, Rahim Gor Yaman, Jabatan Taman Laut dan yang lain korang tak kenal kot. Esok perasmian, nanti aku akan postkan gambar-gambarr dia orang.

Isnin, 26 November 2007
Gambar Keluarga
KELUARGA
Bila kita flashback balik, orang yang pertama dalam DipTani yang terima nikahnya adalah Mek Chang + Fatimi, belum habis belajar lagi dah bernikah. Tak apalah, dah jodoh. Lepas tu yang tak sabar-sabar nak kawin ialah si Kamal dgn. Midah. Tapi korang ingat tak, masa aku first semester aku perasan ada sorang Mek Kelate (dah lupa namanya, pipi dia gembor-gembor) lesap tanpa berita. Pas tu aku tanya mek-mek kelate yang lain, tersipu-sipu jawab katanya mak dia suroh dia nikah, maknanya kawin paksa kot!! Zaman kita belajar dulu pun masih ada tradisi kawin paksa ye!
Jumaat, 23 November 2007
Selamat Berhujung Minggu

Salam,
Hari ini tak ada gambar yang nak di poskan pasal banyak gambar belum discankan, almaklumlah masa kita diptani dulu kemera masih kena pakai filem roll lepas tu pergi YS Photo kat Sri Serdang cuci dan jual kat member-member.
Anyway, matur nuwon Wak Karto, aku tak tahu kenapa semangat sangat ajar masuk benda-benda ni, ingatkan tak tahu, tahu rupanya. Agaknya pasal semalam Khamis malam Jumaat kot, bateri kena cas macam Noordin sungkupan.

p.s: Gambar ini saje-saje letak, post yang ke-3 utk. minggu ni!
Khamis, 22 November 2007
CADANGAN/PANDANGAN
Assalamualaikum,
Kepada semua ex diptani, memandangkan blog sudah diaktifkan, diharap anda berikan cadangan/pandangan yang boleh dikemukakan melalui ruangan komen (sila klik comments seperti dibawah post ini).
Sekian terima kasih.

Rabu, 21 November 2007
Enter Frame

Kepada semua rakan-rakan Ex-Dip Tani 1990/93, sukacita dipersembahkan blog untuk tatapan tuan/puan/cik sekelian. Buat permulaan, saya paparkan gambar beramai-ramai yang diambil sekitar 1993 semasa Tahun Akhir.
Langgan:
Ulasan (Atom)